Search

Motivasi Sepanjang Tapah -Sg Buluh

"Yan...

  • Share this:

Motivasi Sepanjang Tapah -Sg Buluh

"Yang paling payah adalah nak mulakan sebuah perjalanan.

Sebenarnya ramai orang gagal sebelum memulakan perjalanan.

Amat jarang mereka yang gagal dalam perjalanan.

Kalau gagal sekalipun, ianya berisi dan bermakna kerana gagal dalam satu visi dan misi.

Bukan gagal kosong. Gagal dengan niat nak capai sesuatu yang mulia dan tinggi."

(Saya mengambil alih pemanduan kereta dari Tapah ke Sg Buluh semalam di waktu tengahari sewaktu pulang dari Yan/Sg Petani ke ibukota. Dah lama tak memandu jauh. Bila mula memandu dengan laju di atas lebuhraya, minda pun turut memandu dengan laju. Bebas dan puas walaupun sekejap).

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts